Saturday 7 May 2011

HARI IBU : Sambutan Yang Di anjur Menurut Perspektif Islam

1. Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir. 

2. Sambutan yang baik  adalah dengan cara mengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah  atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah. 

3. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah. 

4. Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat. 

5. Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga. 

6. Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat,  dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul. 

7. Setiap ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak. 

8. Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka. 

9. Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini. 


10. Didikan agama yang sempurna  adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.


Friday 6 May 2011

Istikharah Cinta

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman...

Istikharah cinta memanggilku 
Memohon petunjukmu satu nama teman setia Naluriku berkata 
Dipenantian luahan rasa Teguh satu pilihan Pemenuh separuh nafasku
 Dalam mahabbah rindu...


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman...

Istikharah cinta memanggilku 
Memohon petunjukmu satu nama teman setia Naluriku berkata( 2x)
Dipenantian luahan rasa Teguh satu pilihan Pemenuh separuh nafasku
 Dalam mahabbah rindu...

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu...

Di Istikharah Cinta...





Wednesday 4 May 2011

Asal Usul Hari Ibu

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sunday 1 May 2011

TeMan HiDup KeTikA BeLaJaR

Dengan nama Allah yang menciptakan manusia itu secara berpasang-pasangan. 
Selawat dan doa dipanjatkan buat Muhammad bin Abdullah insan yang kita sedang pelajari dan amalkan hadis-hadisnya.
Bergelar sebagai pelajar tahun akhir ini, ada 1 soalan yang sering kali diterjah pada saya.
Bila nak kahwin?
Kalau ada yang lamar itu , kahwin je lah. Tak payah tunggu sampai habis belajar.
Bercakap untuk berkahwin memang mudah tapi adakah diri sudah benar-benar bersedia untuk menjalankan tanggungjawab.
Untuk syabab , bersediakah untuk menjaga amanah yang Allah berikan? Untuk akhwat , bersediakah untuk menyenangkan hati suami?
Memandangkan ramai sangat yang bertanya mengenai isu yang sentiasa panas zaman berzaman ini, dengan rendah hatinya ingin saya kongsikan sesuatu.
Isu perkahwinan sentiasa mendapat tempat dalam list cerita-cerita untuk dibualkan oleh para pelajar. Tidak terkecuali lelaki mahupun wanita.
Teringatkan saya reaksi teman-teman yang pelbagai apabila isu ini dibincangkan. Memang fitrah insan normal begitu saya kira, semoga semua tidak leka dan sentiasa berhati-hati agar tidak termasuk ke kawasan larangan yang tidak sepatutnya.
Pembinaan masjid yang utuh pastinya menjadi idaman semua. Sekadar sedikit muhasabah untuk kita semua sebelum berangan-angan lebih jauh ke hadapan. Salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk melahirkan zuriat-zuriat yang soleh dan musleh juga. InsyaAllah! Memperbanyak umat nabi yang benar-benar bertaqwa dan melahirkan lebih ramai individu muslim yang menerima tarbiyah islami sejak kecil lagi.
Jika kalian menyingkap kisah isteri Imran yang disebut di dalam Al-Quran, itulah contoh isteri dan ibu yang terbaik dari Al-Quran. Semangat isteri Imran yang disebutkan didalam Al-Quran itu wajar dijadikan idola, panduan dan ikutan semua wanita akhir zaman.
Berdasarkan ayat 35-36 surah al-imran.
"(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata "Ya tuhanku, sesungguhnya aku bernazar kepada-Mu, apa (janin) yang dalam kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdi kepadamu, maka terimalah nazar dariku. Sungguh engkaulah maha mendengar, maha mengetahui"
Maka ketika melahirkannya, dia berkata, "Ya tuhanku, aku telah melahirkan anak perempuan" Padahal Allah lebih tau apa yang dia lahirkan, dan laki-laki tidak sama dengan perempuan. "Dan aku memberinya nama Maryam, dan aku mohon perlindunganMu untuknya dan anak cucunya dari syaitan yang terkutuk"
Lihatlah bagaimana hebatnya isteri Imran, seorang wanita yang sangat suci sengaja diceritakan di dalam al-Quran telah bernazar kepada Allah untuk mengorbankan atau menginfaqkan anaknya yang masih dalam kandungannya di jalan Allah. Dia dengan tulus sucinya benar-benar menyerahkan masa hadapan anaknya supaya berjihad mengabdikan diri padaNya.
Secara fitrahnya, pastilah ibu yang telah bersusah payah mengandungkan anaknya ke hulu hilir selama 9 bulan mengharapkan anaknya kelak berbakti kepada dirinya sekurang-kurangnya.
Namun ibu Maryam ikhlas, beliau berniat melahirkan anak untuk dikorbankan sebagai seorang syahid di jalanNya. Benar-benar hebat dan suci, inilah semangat yang kita inginkan.
Dari isteri Imran lahirlah Maryam, antara wanita paling hebat dalam sejarah. Darinya pula lahirlah nabi Isa a.s, utusan Allah yang suci, seorang hamba yang mengabdikan diri kepada Allah semata2.
Kita mengharapkan anak yang soleh dan musleh hasil perkahwinan yang dibina. Persoalannya adakah kita sudah bersedia menjadi ibu seperti isteri Imran dan Maryam?
Wahai teman-teman [untuk diri sendiri khasnya] sekiranya kau mengimpikan anak seperti imam syafie... ibunya perlu hebat lagi
Dirimu perlulah dilengkapi dengan sekurangkurangnya 30 juzuk Al-Quran didada. Apatah lagi ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu tajwid untuk diajarkan kepada anak-anak nanti. Ibadah malam yang terjaga sebagai bekalan kekuatan dan hati yang penuh kasih sayang serta sifat sanggup berkorban.
Macamana ingin berkahwin kalau membaca Al-Quran masih merangkak-rangkak lagi?
Macamana ingin berkahwin kalau tak sanggup berkorban lagi?
Macamana ingin berkahwin kalau masih kurang menjaga ibadah lagi?
Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak umat nabi Muhammad yang terbaik. Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak yang berjihad mengabdikan diri di jalanNya.
"Ya Allah, kurniakanlah kami anak dan keturunan yang soleh sebagai penyejuk mata"
Pra Perkahwinan
Buat teman-teman, anggaplah kehidupan harian kita bersama teman-teman serumah kini sebagai pra-perkahwinan, latihan sebelum benar-benar memikul tanggungjawab yang asli.
Latih diri untuk sentiasa bermanis muka dengan teman-teman walau sepenat mana kita.
Latih diri untuk menjaga rahsia dan cerita teman-teman dan cuba menyelesaikan masalah sesama sendiri.
Latih diri untuk sanggup berkorban, banyak bersabar dan tidak banyak berkira sesama teman-teman.
Dan latihlah diri dengan macam-macam lagi.
Untuk syabab, sekiranya kalian telah benar-benar mampu dan bersedia, bernikahlah. Pilihlah jodoh yang terbaik yang diberikan Allah untuk kalian. Terima seadanya. Utamakan diri kalian dalam soal memilih jodoh yang terbaik.
Untuk akhwat sekalian, dan sekiranya telah sampai masanya , kalian dilamar, dan telah dibukakan laluannya untuk kalian bernikah, silalah bernikah.  Allah sentiasa bersamamu.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua. Dan semoga teman-teman akan memperoleh teman untuk ke syurga yang terbaik untuk kalian.
"Dari Allah, Kepada Allah"


KLIBF 2011

Hari nie 1/May/2011 aku meluangkan masa ke KLIBF 2011 bersama 'Atiyyah Rahim a.k.a Ucu hehe...hari last KLIBF barula dpt berpeluang utk pergi walaupun thesis still lum lengkap so dpd terperuk kat kolej, lebih baik kuar jln2 hehe...mmg best pi sana coz bnyk buku2 yg ada,rambang mata!!! klu bnyk duit mmg bnyk borong tp....bsala skg poket kosong so beli ape yg mampu je hehe... mmg penat la jln2 kat dlm PWTC tue smp lenguh kaki klu pakai kasut tumit tinggi mmg confirm sakit kaki so prefer pkai ksut yg selesa apabila bnyk berjln ye kwan2 (^___*)/

rentetan spnjg KLIBF 2011 :

tnggu KTM still sempat snap pic

hasil dpd KLIBF 2011


jth cinta bila membacanya ^_^


lmbtnye mknan ne, dah lpr huhu

lemon chicken rice+steam chicken rice+rojak buah

ok, jom blik UKM

Thursday 28 April 2011

Ketika Hati Menangis

Tuhanku....
Ketika hati menangis, hanya kau saja yg tahu

 Tuhanku....
Ketika mereka meninggalkan aku sendiri.
Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku.
PadaMu tempatku menagih kasih.
Ketenangan kurasa mendekatiMu.
Syahdu malam tak terasa sunyi

 Tuhanku...
Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cubaan.
Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar erti kematangan.
Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan.
Pada mereka yang pernah melupakanku


Tuhanku....
Ketika aku buntu.
Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan.
Kau tak biarkan aku sendirian


Tuhanku....
Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira.
Syukurku melangit pun tak tercapai.
Sungguh aku merasa berdosa karena dulu sering lalai.
Semoga penyesalanku Kau terima.
THANK YOU ALLAH FOR THE BLESSINGS YOU HAVE GIVEN


Wednesday 27 April 2011

BERBICARA TENTANG BAITUL MUSLIM

Sabda Rasullah SAW
"Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam bukan dari kepalanya untuk dijunjung atasnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai"

Persoalan pertama:

“hmm… peninglah kepala saya akh.”

Kenapa?

“yelah, saya dahlah masih belajar, tapi family dy minta perkahwinan 2 mestilah nak wat besar-besaran sebab dia anak bongsu.

So, apa yang awak buat sekarang?

“terpaksalah wat keje part time, saya Cuma nak hindarkan diri dari maksiat je…huhu”

Persoalan kedua:

“akh, ana nak kongsi smthing dengan akh nie…”

Insyallah, ape dia?

“cam nie, saya ada berkenan kat seseorang, dia ok… dan family dia pun ok kalau kitaorang kahwin masa belajar, tapi???
Tapi apa? Kalau dua2 pihak dah setuju?

“tapi family dia minta hantaran yang tinggi, mana saya mampu, sedangkan saya masih belajar..”

Persoalan ketiga:

“Akh nak Tanya pendapat cikit boleh?”

Insyallah, silakan…

“saya baru bekerja, kerja pun x sampai setahun lagi, tapi ,masalahnya family pihak perempuan suruh cepat masuk meminang. Tapi saya x tau nak watpe?

La… kenapa lak cakap cam 2, eloklah 2 keluarga dia dah suh datang meminang.

“tapi masalahnya, family dia minta hantaran yang tinggi, parents dia kata, tok wat majlis kenduri nanti…”

Allah… ada lak kes cm nie(mengeleng-gelengkan kepala)


Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih) Maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka

Diriwayatkan oleh Maisaran bin Ali dari Abu Said Al-Khudri

Cukuplah sekadar nie dahulu salah satu persoalan demi persoalan yang timbul dari kalangan remaja-remaja yang ingin mendirikan masjid tetapi tersekat dek budaya dan adat melayu khususnya. Insyallah akh akan cuba jawab setakat yang termampu dengan sedikit ilmu yang Allah pinjmkan kedalam diri yang faqir ini.

Bila duk citer tentang pernikahan nie, fuh punyalah seronok si jejaka dan si gadis berimaginasi menginginkan sebuah mahligai yang indah bersulamkan kebahagian yang kekal abadi hingga akhir hayat, tapi masalahnya, yeke? Berkekalan abadi 2???

Kebanyakkan realitinya hari ini ibu bapa banyak menghalang niat murni mereka, dengan membebankan kepada bakal suami dengan meletakkan prasyarat2 yang membebankan bakal suami untuk memepercepatkan pernikahan itu, sering kali kita dengar masyarakat kini, mengukur sesebuah perkahwinan ityu berlandaskan materialistic ataupun taraf pendidikan anak gadis mereka.

Persoalannya disini, adakah dengan meletakkan sesuatu harga pada sesebuah perkahwinan anak gadis itu beserta taraf pendidikan dan kerjaya kebiasaanya bakal menjamin kebahagian sesebuah ikatan perkahwinan itu? Adakah iannya menurut dari segi syariah sepertimana yang dianjurkan oleh rasullullah?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati
mereka berdua dan semoga Allah SWT meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa damai"
(Doa nabi Muhammad SAW pada pernikahan puteri Baginda Fatimah Az-zahrah dengan Saidina Ali bin Abi Talib RAH)

Berfikirlah sejenak wahai ibubapa khususnya… bila melihat anak-anak keluar berpacaran, tidak dihalang, dibiarkan dengan alas an untuk saling mengenal, tapi disuruh mempercepatkan pertunangan agar dilihat Nampak kehalalan untuk dibawa keluar kesana kemari tanpa ada alasan syar’ie.

Sebenarnnya, jika kita lihat dari sudut agama, perkahwinan itu adalah mudah demi menjaga maruah, kesucian diri dan agama. Tapi malangnya harini, berlawanan dengan suruhan sunnah rasullullah, pernikahan dilambatkan kerana halangan kewangan dari pihak gadis sedangkan anak gadis mereka telah dibawa kehulu kehilir tanpa ada rasa bersalah pun dihati mereka.

sepertimana sabda rasullullah:

sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah” (hadis riwayat Abu Daud)

Buat ibubapa diluar sana, yang mengiginkan hantaran yang tinggi dan tidak terlepas juga buat si gadis yang merasakan pangkat dan kerjaya mereka besar dan meletakkan syarat yg membebankan si suami, renungilah sabda rasullullah jika belanja hantaran buat si gadis menjadi alasannya.

Bukankah rasullullah telah bersabda:

” Di antara kebaikan wanita adalah mudah urusan melamarnya. Mudah maharnya(mas kahwin) dan mudah rahimnya(mudah melahirkan zuriat).” (majma’ az-Zawa’id. 4/516)


So, adakah sekarang nie kita mengikut sunnah rasullullah? Akh bukan nak menghalang dari meminta hantaran, tapi fahamilah maksud hantaran 2 dari konteks agama, hantaran hanyalah sebagai salah satu hadiah dari pihak lelaki menandakan ucapan terima kasih kepada si isteri menerimannya sebagai suaminya, tapi memandailah dengan kemampuan si suami, kerana kelak si suami yang akan menyara dan menjaga hidupnya.

Tidak perlulah meminta dengan hantaran sampai mencecah puluhan ribu ringgit, kerana ia akan membebankan si suami, lebih elok jika iannya daripada hantaran yg tinggi mengunung wang tersebut dibuat persediaan untuk masa akan datang. Contohnya, kewangan tika kecemasan, kewangan untuk anak-anak.

Bagi bakal mertua pula, jangan meminta wang hantaran tersebut dengan alasan, wang tersebut untuk dijadikan majlis kenduri perkahwinan mereka nanti, sebaliknya si ibu dan ayah kena faham bahawa wang hantaran tersebut adalah hadiah kepada si anak gadis mereka, melainkan si anak menginzinkan mengunakkannya, haruslah difahami disini bahawa wang tersebut kelak akan digunakan juga oleh anak mereka dalam pencaturan hidup berumah tangga, contohnya untuk mem kelengkapan rumah dan sebagainnya.



Tidak perlu mencari secantik Balqis,
andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf
jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim
andai diri tak sehebat Siti Hajar
dan mengapa didambakan teman hidup yang sempurna Muhammad
jika ada keburukan pada diri,
bimbinglah dirinya dan terima lah kekurangan itu sebagai keunikan,
carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya
dan berdoalah dia milik mu...

Dalam skop yang lain, banyak ibubapa hari ini jarang memahami situasi anak2 mereka dalam konteks mendirikan rumah tangga diawal waktu, cnthnya, anak2 mereka yang lepas graduasi dan bekerja pun baru sebulan 2 tetapi meminta hantaran seperti sudah bekerja puluhan tahun. Bukankah itu membebankan mereka?

Sekirannya mas kahwin pun supaya dipermudahkan, mengapa mahu menambah-nambah dengan dengan beban hantaran yang nabi sendiri tidak pernah syariatkan? Bukankah ini bertentangan dengan hadis nabi bahawa pernikahan yang baik adalah yang paling mudah. Ini merangkumilah mudah dari aspek perbelanjaan dan pengurusan.

Didalam quran sendiri hanya menyatakan hanya perlu pemberian mas kahwin sahaja… seprtimana firman Allah:

“Dan berikanlah mas kahwin(mahar) kepada perempuan (yang kamu nikahi) sebagai pemberian yang kerelaan…” (An-Nisa:4)

“Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi, “Dikahwini
wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam
pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).



Wahai lelaki...wahai adam,
Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinya
Bimbingilah hawa di jalan NurNya,bukan menyesatkannya
Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya
Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu
Hilangkanlah egomu kerna itu api yg membenamkan nur kebahgiaan
Ingatlah wahai lelaki..

So kesimpulannya, berilah kemudahan kepada anak-anak untuk mendirikan rumahtangga kerana dengan mudahnya pernikahan itu akan membawa keberkatan dalam hidup, dengan mengikut sunnah rasulluallah, zina dapat dielakkan, pergaulan antara ajnabi dapt dielakkan, menjamin kebahagia sesebuah institusi kekeluargaan Islam itu sendiri.

Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang
soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin,
Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya,
kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”. (an-Nur: 32).

Perlulah kita fahami,pernikahan itu bukanlah pasar untuk memperdagangkan anak gadis melalui kutipan belanja hantaran daripada pihak suami semata-mata. Sebaliknya ia adalah ikatan untuk menuju hidup bahagia berpasangan secara syari’e. Insyallah di entry akan datang akh ingin berkongsi mengenai perkahwinan yang sepatutnya dianjurkan oleh rasullullah dan perbezaan dengan perkahwinan masa kini...

Kemaafan hadir menerpa diri-diri pembaca mohon kemaafan jika ada yang silap dan kontra dengan pandangan saudara-saudara mujahid dan mujahidah sekalian.



Aku tak perlu bersusah payah untuk menarik perhatian seseorang menyayangi dan menyintaiku. Bagiku, cukuplah dengan doa yang ikhlas. Sekiranya Allah mengabulkan doaku agar hatinya terbuka untuk menyayangiku dan merinduiku, maka itu adalah keredhaannya. Tapi jika sebaliknya, aku redha dengan apa yang telah ditakdirkan. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin juga dia tidak sesuai untukku lalu aku pohon agar Allah menghadirkan insan yang lebih baik darinya.


ERTI KEHIDUPAN SEBENAR

Tanggal 27 Apr 2011, adela penamat bagi peperiksaanku di UKM...akhirnya selama 3 tahun aku menuntut ilmu di sini, inilah hari terakhir buatku sbg seorang student...
Pelbagai ujian yg telah diharungi, apa yang pasti ku panjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana aku telah smpai ke tahap ini...selepas ini, hanya menunggu keputusan dan aku telah sedaya upaya menjawab soalan2 peperiksaan tersebut dengan usahaku sendiri..Natijahnya adalah itu daya usaha ku sendiri dan hasilnya nanti diriku jua yang akan memperolehinya....

Hari ini juga aku mengenal erti sebenar hidup berdikari tanpa mengharapkan sesiapa dan hari ini juga aku merasa sedih di atas perpisahan yang berlaku dengan ex-roomate ku selama 3 tahun perkenalan..walaupun hanya 1 tahun tinggal sebilik dengannya tapi keakraban antara kami masih berterusan hingga kini...aku selesa mengenali dirinya kerana dialah yang sentiasa memberi kata2 semangat dan nasihat, mengajar aku hidup berdikari di UKM tanpa perlu bergantung harap dengan sesiapa pun dan sentiasa berkongsi suka dan duka bersama2...rasa sebak di hati sewaktu menghantarnya pulang ke Hentian Duta dan sewaktu die memeluk erat tubuhku, aku tidak dapat menahan air mata tapi " Setiap Pertemuan Itu Pasti Akan Ada Perpisahan" .. aku memandu seorang diri pulang ke UKM dan terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas tetapi aku tetap memberanikan diri disebabkan aku teringat kata2 sahabatku agar yakin pada diri...memang ianya menguji kesabaranku sewaktu memandu di dalam kesesakan kerana aku pertama kali memandu seorang diri dan di lebuhraya huhu...tapi bagiku ia pengalaman yang cukup berharga kerana akhirnya aku selamat sampai ke UKM...apabila difikirkan balik ianya seperti suatu kepuasan utk diriku kerana selepas tamat exam hari ini, aku berhadapan pula dengan kesabaran memandu di dalam kesesakan dan pelbagai ragam pemandu di jalanan..walau apepun aku puas untuk pengalaman hari ini dan pastinya aku tidak akan serik....

Hari ini ada suka dan duka..hanya linangan air mata sentiasa menemani hidupku....terima kasih banyak kpd shbtku yang mana ku menganggap dirinya seperti kakakku sendiri...dan ku ucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT DIRIMU" walaupun majlisnya masih belum berlangsung hehe~
akan ku simpan setiap gambar kenangan kita bersama~



Sweet moment wif Kak Hana

Monday 25 April 2011

Kehidupan Campus


                                                                                                                                                                                                           Masa begitu cepat berlalu...genap sudah 3 tahun aku bergelar seorang mahasiswi universiti...
Bagiku seperti baru semalam kakiku melangkah masuk ke alam campus, rupanya ianya akan berakhir tidak lama lagi..impain selama ini ingin menjadi graduan universiti hampir terlaksana, pelbagai dugaan yang perlu dihadapi sebelum dapat sampai ke tahap ini..Aku bersyukur ke hadratmu Ya Allah...setiap semester yang di lalui di campus ini mempunyai pelbagai kisah suka dan duka bersama teman-teman seperjuangan yang mana akan aku tinggalkan tidak lama lagi...Terasa berat hati untuk meninggalkan semuanya tetapi apa yang pasti ianya akan menjadi suatu memori yang akan tersemat di hati buat selama-lamanya...di perbukitan ilmu UKM ini aku telah mengenal erti persahabatan dan mengenal erti hidup berdikari, banyak benda baru yang dapat aku pelajari di sini yang mana menjadikan diriku lebih menghargai sesuatu perkara...dan di sini juga tempat untuk aku mematangkan diri...rasa sayu dan sedih menyelubungi diri tatkala memikirkan hari demi hari yang bakal ditinggalkan...hanya tinggal satu kertas exam lagi untuk aku berjuang di dalam dewan peperiksaan dan setelah tamat maka ianya bererti tamat sudah kehidupan sebagai seorang mahasiswi...ada perasaan sedih dan gembira dapat dirasai tetapi ianya tetap akan berlaku...selepas tamat pengajian ini, bermula pula kehidupan baru yang harus ditempuhi dan banyak jua ranjau onak berduri yang harus dihadapi...apa yang penting matlamat itu perlu ada untuk mencapai sesuatu...